BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 19, 2009

Menghitung hari

Rasanyer dah lame aku tak mengupdated blog ni..sekarang aku sedang menghabiskan cuti-cutiku di rumah.sekarang aku sedang menghitung hari untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai guru praktikal di smk Pekula Jaya.saat ini perasaanku bercampur baur teruja ada, takut adam resah ada, tak sabar ada..Entahlah....kite tunggu dan lihat sajelah yer..erm...di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah kepada semua umat islam...erm..semestinya sempena tahun baru ini, sudah tentu ada azam yang ingin dicapai...begitu juga aku..aku berazam untuk memberikan yang terbaik kepada semua mahluk di dunia ini.sebagai khalifah di bumi Allah, aku ingin memberi yang terbaik kepada penciptaku,sesama manusia dan seluruh isi alam ini...Sebagai bakal guru, aku berazam menjadi guru yang terbaik. Biarlah percubaan pertamaku sebagai seorang guru memberi kenangan yang paling indah buatku....

Friday, March 27, 2009

hmt329:jalan-jalan ke gurney

Pada 22 Mac 2009, kami kerabat kursus HMT329 telah memulakan pengembaraan ke Gurney. Namun, pengembaraan kami kali ini bukanlah seperti pengembaraan kami ke Queens Bay pada semester yang lalu iaitu dengan berjalan kaki. Sebaliknya, rombongan kami menaiki bas Milan ke KOMTAR sebelum meneruskan perjalanan ke Padang Kota, kemudian berhenti seketika di Jeti untuk menaiki bas ke Gurney.















Di sinilah tempat kami menunggu bas....Naik bas free...

Sepanjang pejalanan ke Gurney, banyak papan tanda, "banner" dan sebagainya yang memperlihatkan kesalahan tatabahasa diambil. Berikut merupakan hasil tinjauan dan penelitian kami tentang kesalahan penggunaan tatabahasa sepanjang perjalanan ke Gurney.

1. Kesalahan penulisan preposisi "di"

Menurut Nik Safiah Karim (2006 : 252), kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya :

"Azhar berdiri di hadapan cermin"

Ayat di atas menunjukkan penulisan preposisi "di" yang betul kerana "di" dieja terpisah daripada kata nama arah "hadapan". Namun, berdasarkan pengamatan kami sepanjang perjalanan ke Gurney, terdapat banyak kesalahan penulisan "di" pada papan tanda dan sebagainya. Lihat gambar di bawah:











kesilapan "di" yang ditulis sebagai "disebelah"
















Kesilapan "di" yang ditulis secara rapat "dikalangan".Sepatutnya ditulis sebagai "di kalangan"

2. Kesilapan penulisan imbuhan "-di"

Menurut Nik Safiah Karim, afiks "-di" merupakan afiks yang berfungsi sebagai penanda ayat pasif. Afiks ini perlu dieja bercantum dengan kata yang mengikutinya untuk membentuk ayat pasif. Lihat contoh di bawah:

"buku itu dibaca oleh Ahmad"

Ayat di atas menunjukkan penulisan "di" sebagai afiks yang tepat. Afiks "di" dieja bercantum dengan kata kerja "baca" untuk membentuk kata kerja pasif "dibaca". Namun, berdasarkan pengamatan kami sepanjang perjalanan ke Gurney, terdapat banyak kesalahan penulisan "di" pada papan tanda dan sebagainya. Lihat gambar di bawah:










kesilapan "di" yang ditulis sebagai "di-larang" dan "di-hadapan"










kesilapan "di" yang ditulis sebagai "di larang"

Kemudian, semasa di Gurney, kami telah menemubual beberapa pekedai yang berada di situ. Kebanyakan pekedai yang ada di situ berbangsa cina. Namun, apa yang menarik, sewaktu salah seorang ahli kumpulan kami yang berbangsa cina iaitu Chan Yan Yi bertanya sesuatu kepada salah seorang penjaga kedai kasut yang juga berbangsa cina dalam bahasa Melayu, penjaga kedai tersebut menjawab dalam bahasa Melayu.

Dialog pengkaji dengan responden.

Chan Yan Yi : Ada saiz 48?
Responsen : Ada

Namun, tidak dinafikan, terdapat juga percampuran kod pertuturan yang dilakukan oleh kebanyakan pekedai dan pengunjung. Misalnya, semasa kami bertanya soalan kepada seorang pekedai cina dalam bahasa Melayu, pekedai tersebut menjawabnya dengan mencampur adukkan bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris

Senarai ahli

Chan Yan Yi (2)
Maisara Abd. Karim (10)
Siti Zaliha binti Mangit (26)

Thursday, February 5, 2009

Perbandingan konsep milik antara dielek Johor dan dialek Kantonis

2, Chan Yan Yi
10, Maisarah binti Abd Karim

1.0 Pendahuluan

Esei ini membincangkan konsep milik dalam dialek Johor yang dituturkan oleh Maisarah dan dialek Kantonis yang dituturkan oleh Chan Yan Yi. Esei ini bertujuan membandingkan konsep milik yang terdapat dalam dialek Johor dan dialek Kantonis. Konsep milik juga disebut sebagai konsep punya, genetif dan posesif. Namun , dalam esei ini, kami menggunakan konsep milik untuk membincangkan perbandingan konsep milik antara dialek Johor dan dialek Kantonis

2.0 Analisis data
Dalam tatabahasa, kasus genetif atau kasus milik ialah kes yang menunjukkan satu kata nama menggantikan satu kata nama yang lain..Hal ini sering menunjukkan satu kata nama menjadi pemilik satu kata nama yang lain. Namun, ia juga boleh menunjukkan perhubungan pelbagai selain milikan; kata kerja tertentu boleh mengambil hujah-hujah dalam kasus genitif (http://en.wikipedia.org/wiki/Genitive case )
Berdasarkan contoh di bawah, kami akan membandingkan konsep milik dalam dialek Johor dan dialek Kantonis.

Contoh 1:
Baju tu orang punye. (Dialek Johor )
Baju itu kepunyaan saya. ( Bahasa Melayu Standard )

ko kian hei ngo sam. (Kantonis)
Itu ialah saya baju
Baju itu kepunyaan saya. (Bahasa Melayu Standard)


Berdasarkan data di atas, frasa yang menunjukkan konsep milik dalam dialek Johor ialah 'orang punye' manakala dalam dialek Kantonis, perkataan yang menunjukkan konsep milik ialah 'ngo'. Dalam dialek Johor, 'orang punye' membawa maksud 'saya' seperti dalam bahasa Melayu standard. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, 'ngo' membawa maksud 'saya' seperti 'orang punya' dalam dialek Johor. Walaupun perkataan diungkap dalam dialek yang berbeza tetapi kedua-dua adalah mempunyai maksud yang sama. Dalam bahasa Melayu standard, kedua-dua ayat di atas membawa maksud 'Baju itu kepunyaan saya'.

Berdasarkan ayat dalam dialek Johor, didapati bahawa konsep milik muncul selepas frasa nama iaitu 'baju itu'. Manakala, dalam dialek Kantonis, konsep milik muncul sebelum kata nama 'baju'. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi struktur ayat tentang kehadiran konsep milik bagi dialek Johor dan dialek Kantonis. Posisi konsep milik adalah berbeza dalam dialek yang berbeza. Kami mendapati bahawa dalam dialek Johor, kata ganti nama 'orang punya' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir selepas kata nama 'baju tu'. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, kata ganti nama 'ngo' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir sebelum 'sam'(baju). Dalam kedua-dua dialek tersebut tidak terdapat unsur gender yang menujukkan milik.

Contoh 2:
Dia punye rantai cantik. (Dialek Johor)
Rantai dia sangat cantik. (Bahasa Melayu Standard)

Hui lin hao liang. (Bahasa Kantonis)
Dia rantai sangat cantik.

Rantai dia sangat cantik. (Bahasa Melayu Standard)


Perkataan yang menunjukkan konsep milik dalam dialek Johor ialah 'die' manakala dalam dialek Kantonis, perkataan yang menunjukkan konsep milik ialah 'hui'. Dalam dialek Johor, 'die' membawa maksud yang sama dengan'dia' bahasa Melayu standard. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, 'hui' membawa maksud yang sama dengan 'dia' dalam dialek Johor. Walaupun perkataan diungkap dalam dialek yang berbeza tetapi kedua-dua adalah mempunyai maksud yang sama. Dalam bahasa Melayu standard, kedua-dua ayat di atas membawa maksud 'Rantai dia sangat cantik'.

Berdasarkan ayat dalam dialek Johor, didapati bahawa konsep milik muncul selepas frasa nama iaitu 'rantai'. Manakala, dalam dialek Kantonis, konsep milik muncul sebelum kata nama 'rantai'. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi struktur ayat tentang kehadiran konsep milik bagi dialek Johor dan dialek Kantonis. Struktur ayat yang mengandungi konsep milik adalah berbeza dalam dialek yang berbeza.




Contoh 3
Beg tu kite orang yang beli .( Dialek Johor)
Kami yang membeli beg itu .( Bahasa Melayu Standard )

ko bao hei ngo dei mai. (Dialek Kantonis)
Itu beg ialah kami beli.
Kami yang membeli beg itu. (Bahasa Melayu Standard )



Berdasarkan data di atas, perkataan yang menunjukkan konsep milik dalam dialek Johor ialah 'kita orang' manakala dalam dialek Kantonis, perkataan yang menunjukkan konsep milik ialah 'ngo dei'. Dalam dialek Johor, 'kite orang' membawa maksud 'kami' seperti dalam bahasa Melayu standard. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, 'ngo dei' membawa maksud 'kami' seperti 'kite orang' dalam dialek Johor. Walaupun perkataan diungkap dalam dialek yang berbeza tetapi kedua-dua adalah mempunyai maksud yang sama. Dalam bahasa Melayu standard, kedua-dua ayat di atas membawa maksud 'Kami yang membeli beg itu'.

Berdasarkan ayat dalam dialek Johor, didapati bahawa konsep milik muncul sebelum frasa nama iaitu 'beg itu'. Manakala, dalam dialek Kantonis, konsep milik muncul selepas kata nama 'beg'. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi struktur ayat tentang kehadiran konsep milik bagi dialek Johor dan dialek Kantonis. Posisi konsep milik adalah berbeza dalam dialek yang berbeza. Kami mendapati bahawa dalam dialek Johor, kata ganti nama 'kita orang' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir selepas kata nama 'beg tu'. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, kata ganti nama 'ngo dei' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir sebelum 'bao'(beg).



3.0 Kesimpulan
Selepas analisis dijalankan, kami mendapati bahawa terdapatnya perbezaan tentang kehadiran posisi yang membawa maksud konsep milik dalam dialek yang berbeza. Kami mendapati bahawa terdapat kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penutur-penutur dialek Johor dan dialek Kantonis dengan struktur bahasa ibunda mereka sewaktu bertutur dalam bahasa Melayu Standard. Perbezaan posisi konsep milik boleh dilihat dari segi struktur ayat dalam dialek masing-masing.

Cara menyebut Gong xi Fa Chai

Gung Hi Fat Chai (Hakka)
Gong Xi Fa Chai (Mandarin)
Gung Hei Fat Chain (Kantonis

Tuesday, February 3, 2009

Analisis kontrastif " lagu untukmu" - MUH

Maisarah Abd Karim ( 10 )
Siti Zaliha Manigit ( 26 )


Pengenalan kepada kumpulan Meet Uncle Hussin.

Kumpulan meet Uncle Hussain ini ditubuhkan pada tahun 2001. Ramai mula buka mata melihat kejayaan yang mereka kecapi. Tapi banyak tidak tahu bahawa kumpulan yang ditubuhkan 2001 itu masih belum mempunyai album penuh.
Sebelum ini kebanyakan kerjaya seni mereka hanya dilakukan sendiri dan mereka juga bergerak sendiri. Lagu Untukmu itu dicipta oleh Taja, Tass dan Lan pada 2005 bersama lagu Putihnya Lukisan.
Untuk lagu Halusinasi dan Pari-Pari Di Bawah Angin pula telah dicipta pada 2003. Walaupun agak lama, tetapi peminat masih lagi menerima lagu tersebut dan masih setia bersama kumpulan ini.
Meet Uncle Hussain mengorak langkah seterusnya dengan terhasilnya album 7 Tahun 3 Bulan 90 Hari pada tahun lalu. Walaupun ia hanya E.P yang memuatkan empat lagu tapi jalur muzik yang mereka bawa benar-benar diterima ramai.

Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

Analisis kontrasti lagu meet uncle hussain

Secara keseluruhannya, lagu ini dicipta untuk menggambarkan kekecewaan penyanyi kepada sikap kekasihnya yang tidak setia.

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Pada rangkap pertama ini, MUH menyatakan kekecewaannya terhadap kekasihnya. Buktinya, beliau mengatakan ”Tiada bintang dapat menerangkan hati yang telah dicelah
bagaiku lumpuh tak mampu berdiri”. Namun, dalam perenggan ini juga beliau menyatakan kesetiaannya kepada kekasihnya apabila mengungkapkan ayat ” Aku tetap begini takkan berubah kerna aku tetap aku”.


Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Dalam perenggan ini, beliau semakin dapat menerima kenyataan kecurangan kekasihnya apabila mencipta perenggan kedua ini. Ayat yang menggambarkan beliau semakin mendapat kenyataan tentang kecurangan kekasihnya terdapat pada ayat “dua hati yang tak mungkin bersatu”

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Dalam keseluruhan ayat dalam rangkap ini menggambarkan perasaan marah MUH kepada kekasihnya.


Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

Akhir sekali, MUH ingin memutuskan hubungannya dengan kekasihnya. Buktinya, beliau mengatakan ” sampai di sini saja hubungan kita berdua”.

Sunday, February 1, 2009

Perbandingan hubungan perkataan dengan makna dari aspek analisis kontrastif semantik.

Tugasan berkumpulan
Maisarah binti Abd Karim (10)
Siti Zaliha Mangit ( 26)

Tajuk : Perbandingan hubungan perkataan dengan makna untuk berita Bernama Bahasa Melayu dan berita Bernama Bahasa Inggeris dari aspek analisis kontrastif semantik.

1.0 Pendahuluan dan tujuan
Kertas ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan hubungan perkataan dengan makna untuk aspek kata kerja dalam berita Bernama Bahasa Melayu dan berita Bernama Bahasa Inggeris dari aspek sinonim. Tujuan perbandingan ini untuk melihat kesinoniman hubungan interbahasa iaitu bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan intrabahasa iaitu bahasa Melayu dengan bahasa Melayu serta kesinoniman bahasa Inggeris dengan bahasa Inggeris. Menurut Indirawati Zahid, sinonimi merujuk hubungan kesamaan makna antara leksikal . Hubungan makna ini bersifat dua arah. Namun , hubungan kesamaan makna ini tidak bererti bahawa sesuatu leksikal yang dikatakan bersinonim itu boleh bergantian antara satu sama lain dalam semua situasi ( Indirawati Zahid , 2003 : 31 ). Pernyataan ini disokong oleh Lyons yang mengatakan bahawa sinonimi ialah ungkapan yang sama maknanya ( John Lyons , 1994 : 37). Dalam hal ini, kami memilih leksikal ”kenyataan” dan padanannya ialah ”statement” dalam bahasa Inggeris. Kami memilih leksikal ini secara rawak.
2.0 Kaedah kajian

Kami menggunakan korpus dari berita Bernama bahsa Melayu dan bahasa Inggeris . Tajuk berita yang dikaji ialah ”Abdullah Janji Impian Rakyat Terengganu Jadi Kenyataan” dan ditulis sebagai ” Abdullah Confident Of BN Victory In By-election”. Artikel kedua ialah artikel yang bertajuk ”Abdullah melawat tiga negara Teluk bermula Ahad” dan ditulis sebagai ” Abdullah To Visit Three Gulf Countries Beginning Sunday”.

Kemudian kami menggunakan program textSTAT untuk menganalisis data yang telah kami peroleh . Dalam program tersebut, kami menggunakan kaedah frekuensi untuk melihat keseringan dan ketertandaan sesuatu leksikal. Kami juga memindahkan data dari program textSTAT ke program microsoft office excel. Selain itu, kami juga menggunakan Kamus Dewan Bahasa untuk mencari makna leksikal bahasa Inggeris sekaligus menilai sama ada padanan leksikal bahasa Inggeris tersebut menepati makna yang digunakan oleh penulis artikel dalam berita tersebut.

3.0 Dapatan Analisis
3.1 Hubungan sinonimi intrabahasa

Berdasarkan leksikal yang dipilih, didapati kata nama ’kenyataan’ muncul sebanyak empat kali iaitu sekali dalam artikel bertajuk ”Abdullah Janji Impian Rakyat Terengganu Jadi Kenyataan” dan muncul sebanyak tiga kali dalam artikel bertajuk ”Abdullah melawat tiga negara Teluk bermula Ahad”.


kekerapan yang muncul bagi perkataan kenyataan ialah 4 kali . Peratus kekerapan ialah 1.072%

Pengiraan peratus kekerapan bagi leksikal ”kenyataan”.
4/373 x 100% = 1.072 %


Berdasarkan artikel yang dipilh terdapat 4 perkataan ” kenyataan” yang wujud iaitu :
i) Menurut kenyataan itu, antara kerjasama yang kini terjalin antara Malaysia dan ketiga-tiga negara teluk itu ialah dalam sektor perdagangan dan pelaburan, pelancongan, pendidikan, pembangunan infrastruktur, perbankan Islam dan bina upaya manusia.
ii) menurut kenyataan itu, di Qatar, Abdullah dijangka mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar,
iii) Menurut kenyataan Kementerian Luar, ini merupakan lawatan rasmi pertama Perdana
Menteri ke ketiga-tiga negara Teluk itu sejak menjadi Perdana Menteri.
iv) Apa yang diimpikan oleh rakyat Terengganu tetap akan jadi kenyataan

Dalam kamus Dewan Edisi Baru (1989 : 869) terdapat 4 maksud ”kenyataan”:
1. Perihal nyata, kejelasan, keterangan
2. Keadaan atau hal yang nyata, kebenaran
3. Sesuatu yang dinyatakan
4. Sudah nyata, terbukti, ternyata

Berdasarkan 4 contoh ayat di atas, ayat (i) hingga (iii), leksikal ”kenyataan” membawa maksud ”perihal nyata, kejelasan dan keterangan. Manakala, ayat (iv) pula, ”kenyataan” membawa makna ”keadaan atau hal nyata, kebenaran”.

Hal ini dapat dibuktikan dengan menguji hubungan kata secara paradigmatik.
Contoh :

Kenyataan yang bermaksud hal yang nyata atau kebenaran :
i (a) "Apa yang diimpikan oleh rakyat Terengganu tetap akan jadi kenyataan,
kebenaran,


ii (a) Menurut kenyataan itu, di Qatar, Abdullah dijangka mengadakan pertemuan
dengan Emir Qatar.
pernyataan

Secara paradigmatik, dalam contoh (i) dan (ii) , kenyataan boleh bergantian secara paradigmatik dengan perkataan kebenaran, dan ”kenyataan” juga boleh bergantian dengan leksikal ”pernyataan”. Hal ini kerana apabila melihat konteks ayat, ia membawa makna yang sama .

Dalam artikel bahasa Inggeris pula, leksikal statement muncul sebanyak 4 kali iaitu Peratus kekerapan ialah 1.31%.

Pengiraan peratus bagi leksikal ”statement”.

4 / 306 x 100% = 1.31%

Empat perkataan ” kenyataan” yang wujud iaitu :

i) According to a Foreign Ministry statement here on Thursday, this is Abdullah's first visit to
the oil-rich states since becoming Prime Minister.
ii) According to the statement, while in Qatar, Abdullah is scheduled to meet Qatar's Emir
Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani and his counterpart Sheikh Hamad bin Jasim bin Jabir Al-Thani while in UAE , the Prime Minister is scheduled to meet his counterpart Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum and Abu Dhabi Crown Prince General Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
iii) The statement added that the Prime Minister was scheduled to visit several project sites
of Malaysian companies and also give keynote addresses at business forums in Bahrain and Qatar
iv) In the delegation meetings with the three countries, the statement said issues of bilateral,
regional and international cooperation as well as areas of common interest like Israel's
invasion of Gaza would be discussed.

Melalui laman web (http://ardictionary.com/Statement/14626, 22.januari.2009) dalam bahasa Inggeris, “statement” membawa 5 maksud:

1. The act of stating, reciting, or presenting, orally or in paper; as, to interrupt a speaker in the statement of his case.
2. That which is stated; a formal embodiment in language of facts or opinions; a narrative; a recital.
3. a document showing credits and debits
4. (computer science) a line of code written as part of a computer program
5. a fact or assertion offered as evidence that something is true; "it was a strong argument that his hypothesis was true"
6. a message that is stated or declared; a communication (oral or written) setting forth particulars or facts etc; "according to his statement he was in London on that day"
7. a nonverbal message; "a Cadillac makes a statement about who you are"; "his tantrums are a statement of his need for attention"
8. (music) the presentation of a musical theme; "the initial statement of the sonata"
9. the act of affirming or asserting or stating something

Dalam hal ini, melihat 4 contoh ayat di atas, “statement” dalam konteks ayat membawa makna “The act of stating, reciting, or presenting, orally or in paper; as, to interrupt a speaker in the statement of his case”. Oleh hal yang demikian, makna dalam keempat-empat ayat di atas adalah sama. Justeru, hubungan sinonim dapat dilihat melalui ayat tersebut.

3.2 Hubungan sinonimi interbahasa.

Kami juga melihat hubungan sinonimi leksikal ’ statement ’ . Hal ini menurut kamus dewan Ingeeris Melayu ( 1992:1594 ) , ”statement” membawa maksud ”pernyataan” dalam bahasa Melayu. Hal ini boleh dibuktikan dengan ayat di bawah:

i. Menurut menurut kenyataan itu, di Qatar, Abdullah dijangka mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar,
ii According to the statement, while in Qatar, Abdullah is scheduled to meet Qatar's Emir


Berdasarkan ayat di atas, terbukti, leksikal “kenyataan” dan “ststement” bersinonim.

4.0 Penutup
Kesimpulannya, dalam artikel ini leksikal kenyataan tidak bersinonim sama ada dalam hubungan interbahasa atau intrabahasa.

5.0 Rujukan
Indirawati Zahid , 2003 . Semantik Leksikal : Penjenisan dan Hubungan Makna . Dewan Bahasa . Kuala Lumpur
John Lyons , 1992 . Bahasa dan Linguistik suatu Pengenalan . Dewan bahasa dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia . Kuala Lumpur
Kamus Dewan Edisi Ketiga , 1994 . Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia , Kuala Lumpur
Kamus Dewan Inggeris Melayu , 1992 . Dewan Bahasa dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia .
22. Januari. 2009 http://ardictionary.com/Statement/14626 Accurate & Reliable Dictionary.

Wednesday, January 14, 2009

HMT 329 :Forensic Heroes ll

Forensic Heroes II (Traditional Chinese: 法證先鋒II) is a TVB modern suspense series broadcast in May 2008.
The series is a direct sequel to
2006's Forensic Heroes (法證先鋒). The main cast features Bobby Au-Yeung, Frankie Lam, and Yoyo Mung from the original series and new cast including Kevin Cheng and Charmaine Sheh.
Synopsis
Every contact leaves a trace
Every clue serves as a silent witness against crime
Bomb disposal expert Yeung Yat-Sing, Ivan, (
Kevin Cheng) returns from England to visit relatives and he comes across a grenade case by accident. Ivan's skills are highly appreciated by Senior Chemist Ko Yin-Pok (Bobby Au-Yeung) and he is invited to join the Forensic Division. Ivan soon becomes the division's rising star. Sing gets back in touch with his long-lost best friend Koo Chak-Sam (Frankie Lam). Sam serves as a forensic writer and he is going to get married soon.
During a case, Sam's fiancée Lam Ding-Ding (
Linda Chung) and Pok's police girlfriend Leung Siu-Yau (Yoyo Mung) are caught in an explosion meant to kill two drug dealers. Ding-Ding dies of her injuries, while Siu-Yau loses movement in her right hand. Yau's duties are passed to Ma Kwok-Ying (Charmaine Sheh) from the Narcotics Bureau. Both Sam and Ivan find Ying extremely charming with her smart and unfathomable characteristics in case handling.
Integrating laboratory techniques, logical reasoning, and forensic knowledge, the trio strive to fight against crimes tremendously. As they get to know each other more and more, the entangled triangle of love also starts to hinder their working relationships...
At the end of the series, Ivan and Ma Kwok-Ying end up in a car crash while chasing a fugitive, but through that experience, Ivan knows that Ma Kwok-Ying is committed to him, with her efforts to pull him out of the car in which they were trapped in. In the end, Ivan suffers from an explosion by a bomb planted by a fugitive to get revenge on Bell, which leads him into a coma. Right before the explosion, Ivan planned to propose to Bell. After the last case, Tim and Siu Yau get married. During the wedding, Ivan wakes up, although the frame only shows Ma Kwok-Ying receiving a call on her mobile phone, then running ecstatically, while crying, from the wedding, ripping her dress as she did in the first episode to aid running. The remaining wedding crowd finds out, and runs after Bell to see Ivan.

HMT 329 :Biodata Noorkhiriah


Biodata Norkhiriah


Nama :Noorkhiriah Binti Ahmad Shapie
tempat lahir :Raub, Pahang
Bangsa :Melayu

Status: berkahwin
bahasa :Melayu, Inggeris
kerjaya :Artis
kemahiran :berlakon

HMT 329: Biodata Faizal Tahir

Nama : Ahmad Faizal b. Mohd Tahir

Nama timangan : Faizal

Tarikh lahir : 26th Oktober 1978

Nama Isteri : Siti Raihanim Noran

Anak: 2

Tinggi : 170cm

Berat : 65 kg

Hobi : Bermain alat muzik , menyanyi

Personaliti : Aktif, suka berkawan

Album "The Best of One in a Million - Top 3"Released: January 2007Monkey Bone Records"Aku.Muzik.Kamu"Released: November 2007Monkey Bone Records


Lirik lagu " gemuruh"

Bila bertalu rentak di kalbu

Hasrat yang tersirat semakin ku buru

Bila bergema laungan gempita

Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa

Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu

Hasrat yang tersirat semakin ku buru

Bila bergema laungan gempita

Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa

Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi

Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa

Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa

HMT 329 : Analisis kontrastif Yasser Arafat

Analisis konstrastif Yasser Arafat
1) Informan yang mengenali muka, tetapi tidak mengetahui namanya (2/9)
2) Informan yang hanya membaca surat khabar berbahasa Cina (7/9)
3) Informan yang membaca surat khabar pada bahagian hiburan sahaja (5/9)
4) Informan yang tidak meminati berita luar negara. (5/9)
5) Informan yang tidak mengenali Yassier Arafat kerana nama beliau ditukar ke dalam bahasa Cina, iaitu “Alafa Ke” (4/9)
6) Informan yang kurang membaca surat khabar berbahasa Melayu. (5/9)
7) Informan yang tidak membaca surat khabar berbahasa Melayu. (1/9)
8) Informan yang tidak suka membaca isu politik. (6/9)
9) Informan yang tidak berminat dengan pemimpin luar Negara. (6/9)
10) Informan yang tidak menyukai berita luar Negara. (1/9)
11) Informan yang kurang meminati berita luar Negara. (3/9)
12) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tidak kacak. (1/9)
13) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau kurang terkenal. (4/9)
14) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan Negara kita. (1/9)15) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan diri informan. (1/9)16) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan pelajarannya. (1/9)17) Informan tidak suka menonton televisyen. (1/9)
18) Informan yang tidak suka menonton televisyen, tetapi suka menonton dvd sahaja. (4/9)
19) Tiada orang yang pernah memberitahu informan tentang Yassier Arafat. (2/9)
20) Informan tidak membaca tentang isu semasa. (1/9)
21) Informan yang tidak membaca tentang Yassier Arafat kerana beliau beragama Islam (1/9).
22) Informan tidak pernah mencari maklumat tentang Palestin. (1/9)

Bagaimana cara untuk membantu informan mengenali Yassier Arafat?
1) Carian di internet
2) Mengarang esei
3) Menjalankan soal selidik

Hasil bersama pelajar HMT 329

HMT 329 : Siapakah Yasser Arafat?

HMT329_Pandangan tentang Yasser Arafat (Hooi Lean)Ahli kumpulan: Choo Hooi Lean (3), Siti Zaleha bt Mangit (26), Maisarah Abd. Karim (10)
Kuliah hari Isnin 12/1/09

Beberapa pertanyaan telah diajukan kepada seorang rakan tentang maklumat Yasser Arafat. Hal ini adalah untuk mengetahu mengapa beliau tidak mengenali Yasser Arafat. Antara soalan yang diajukan ialah :
1) Mengapa tidak mengenali Yasser Arafat?
2) Apakah yang anda fikirkan dengan nama Yasser Arafat?
3) Dalam surat khabar pernahkah membaca kisah tentang Yasser Arafat?
4) Pernahkah mendapat maklumat mengenai Yasser Arafat daripada rakan-rakan?
5) Adakah anda mengenali Bush? Mengapa?
6) Adakah anda menonton buletin utama?

Jawapan yang telah diberikan oleh respondan.

1)Tidak pernah mendengar nama Yasser Arafat.
2)Yasser Arafat beragama Islam.
3)Hanya membaca surat khabar bahasa Cina.
4)Tidak pernah mendengarnya daripada rakan
5)Tahu Bush kerana lebih terkenal.
6)Tidak menonton berita TV3.

Saya juga telah mencari lima orang rakan untuk menjadi respondan berkenaan dengan soalan siapakah Yasser Arafat. Data yang diperoleh adalah seperti berikut.

Soal selidik tentang Yasser ArafatSoalan:Adakah anda mengetahui tentang Yasser Arafat? Mengapa?
Rakan 1: Tidak kerana tidak pernah mendengar Yasser Arafat.
Rakan 2: Ya kenal. Seorang presiden Palestin.
Rakan 3: Tidak kerana tidak berminat mengetahui berita luar negara.
Rakan 4: Ya kenal. Seorang yang presiden Palestin yang sudah meninggal dunia.
Rakan 5: Ya kenal .Seorang presiden Palestin.

Peratusan = 3/5 x 100%
= 60%

Friday, January 9, 2009

HMT 329:Analisis Kontrastif : Palestin vs Israel

Objektif kuliah HMT 329 hari ini adalah untuk melihat analisis kontrastif selain daripada aspek sintaksis. Pada hari ini penerangan Dr.Radiah lebih berfokus kepada perbandingan iaitu membandingkan antara dua unsur atau lebih daripada segi persamaan (contrast) dan perbezaan (compare).Contohnya perbandingan unsur x dengan unsur y.Unsur-unsur tersebut dianggap sebagai lambang sahaja.

Unsur yang dibandingkan oleh pelajar HMT 329 ialah perkataan palestin dengan Israel.
Soalan 1
Apakah maksud Palestin?
Jawapan pelajar-pelajar HMT 329 :
13. Negara yang sedang dijajah.
15. sebuah negara Islam.
17. Negara yang selalu kena bom.
23. Negara yang tidak stabil
25. rakyat yang ditindas
27. rakyat yang hidup dalam derita
29 banyak rakyat yang terkorban

Soalan 2:
Apakah maksud tentang Israel?
Jawapan pelajar-pelajar HMT329:
2. Sebuah negara Kristian
4. Kejam, menindas, membunuh
6. Sebuah Negara yang tidak bercampur dalam hal politik
10. Sebuah Negara yang mempunyai pemimpin yang kejam.
8. Peperangan yang menyebabkan rakyat terkorban.
14. Negara yang mempunyai pemimpin yang bijak berkomunikasi.

Bedasarkan maklumat daripada soalan 1 dan soalan 2, kami dikehendaki membuat perbandingan dari segi persamaan dan perbezaan.Terdapat pelbagai jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar HMT 329.Antaranya:
28. Israel lebih kuat daripada Palestin
24. Israel negara yang menindas, Palestin negara yang menindas.
9. Mempunyai agama yang berlainan. ( sukarela )
15. Israel ialah negara yang lebih kuat berbanding dengan palestin.(sukarela)
12. Wujud konflik politik antara kedua-dua negara.(sukrela)
8. Sebagai akibat rakyat yang menerima penindasan dan penderitaan. (sukarela)

Pelajar HMT 329 telah membuat perbandingan dengan menyatakan persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam unsur tersebut.Antara persamaan yang dikenalpasti ialah jawapan daripada nombor 12 manakala perbezaan dapat dilihat daripada jawapan nombor 28,24,9, dan 15. Walau bagaimanapun jawapan daripada pelajar nombor 8 tidak dapat diterima kerana tidak terdapat unsur parbandingan antara kedua-dua unsur tersebut.

Namun begitu Dr.Radiah meminta kami mencari ungkapan yang sahih , benar dan bukti yang memadai untuk jawapan-jawapan yang telah diberikan. Kami membuktikan kesahihan jawapan tersebut dengan menggunakan Wikipedia,Utusan online dan berita harian online.Antara jawapan yang diberikan oleh pelajar HMT 329 ialah :
i) N ombor 22, 7 dan 5 membuktikan melalui Wikipedia bahawa jawapan yang diberikan oleh nombor 25 dan nombor 4 adalah betul, iaitu mengesahkan Israel dan Palestin berkonflik dalam artikel Israeli Palestine konflik
ii) Nombor 6 dan nombor 11 membuktikan bahawa rakyat Israel tidak semestinya beragama Kristian tetapi juga menganut agama yang berlainan.
iii) Nombor 10 dan nombor 26 membuktikan bahawa sememangnya terdapat konflik antara kedua-dua negara berdasarkan jawapan yang diberikan oleh nombor 12 ( dipetik daripada Wikipedia yang bertajuk “Konflik Israel Palestin )
iv)Nombor 27, nombor 29 dan nombor 8 membuktikan bahawa rakyat memang hidup dalam derita berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pelajar nombor 27. ( dipetik daripada Utusan Malaysia online )

Thursday, January 8, 2009

sambungan artikel Israel gempur Gaza.

Ujian bagi pola SKO
1. Selepas (tentera Yahudi ) melancarkan serangan udara selama lapan hari
Ujian subjek ayat: menggunakan kata tanya apakah dan siapakah.
a) Siapakah yang melancarkan serangan selama lapan hari.
Jawapan : tentera Yahudi
Maka tentera Yahudi merupakan subjek ayat.
b) Ujian kata kerja :menggunakan unsur fleksi telah, sedang, dan akan dengan kata kerja tertentu.
Jawapan: akan melancarkan, sedang melancarkan, akan melancarkan.
c) Ujian bagi objek: i)boleh menjadi subjek ayat pasif
ii) boleh menjadi subjek predikator apa/siapa=objek
serangan udara dilancarkan oleh tentera Yahudi
Subjek ayat pasif: serangan udara
maka objek : serangan udara.

Makan serangan udara ialah objek ayat.

2. Tentera Yahudi awal pagi semalam mara memasuki Gaza
a) Ujian subjek : menggunakan kata tanya apakah dan siapakah
Siapakah yang mara memasuki Gaza.
Jawapan : Tentera Yahudi.
b)Ujian kata kerja : boleh menerima unsur fleksi telah, sedang atau akan dengan kata kerja tertentu.
Jawapan: akan melancarkan, sedang melancarkan , telah melancarkan.
c) Ujian bagi objek : i) boleh menjadi subjek ayat pasif
Jawapan: Gaza dimasuki oleh tentera Yahudi awal pagi semalam
ii) boleh menjadi subjek predikator apa/siapa =objek
subjek ayat pasif :Gaza
Maka objek : Gaza

3. Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.
a) U jian subjek : menggunakan kata tanya apakah atau siapakah
Apakah yang dibalas oleh pejuang Hamas?
Jawapan: serangan darat tentera Yahudi.
b) Ujian kata kerja : boleh menerima unsur fleksi telah, sedang atau akan dengan kata kerja .
Jawapan: telah dibalas, akan dibalas,
c)Ujian objek : Boleh menjadi subjek predikator apa/siapa
Jawapan : pejuang Hamas

4. Hamas berjaya menawan dua askar Israel
a) Ujian subjek : menggunakan kata tanya apakah atau siapakah
Siapakah yang berjaya menawan dua askar Israel?
Jawapan: Hamas yang berjaya menawan dua askar Israel.
Oleh itu Hamas merupakan subjek ayat.
b) Ujian kata kerja :boleh menerima unsur fleksi telah, sedang, atau akan.
Jawapan: telah menawan, akan menawan, sedang menawan.
c) Ujian objek : i) boleh menjadi subjek ayat pasif
ii) boleh menjadi subjek predikator apa/siapa
Dua askar Israel berjaya ditawan oleh Hamas.
Subjek: Dua askar Israel
subjek predikator : Dua askar Israel

5) Kamu memasuki Gaza seperti tikus.
a) Ujian subjek: menggunakan kata tanya apakah atau siapakah
Siapakah yang memasuki Gaza seperti tikus
Jawapan: Kamu memasuki Gaza sepeti tikus.
Oleh itu kamu ialah subjek ayat.
b) Ujian kata kerja: boleh menerima unsur fleksi telah,sedang atau akan.
Jawapan: telah memasuki,akan memasuki,sedang memasuki
c) Ujian objek : i) boleh menjadi subjek ayat pasif
ii) boleh menjadi subjek predikator apa/siapa
Gaza dimasuki oleh kamu
subjek ayat : Gaza
subjek predikator : Gaza
Olei itu objek ialah Gaza

6) Gaza akan menjadi kubur anda.
a) Ujian subjek: menggunakan kata tanya siapa atau apa
Apakah yang akan menjadi kubur anda
Jawapan:Gaza
Oleh itu, Gaza merupakan subjek ayat.
b)Ujian kata kerja: boleh menerima unsur fleksi telah,sedang,akan.
Jawapan: telah menjadi, akan menjadi
c)Ujian Objek: i) boleh menjadi subjek ayat pasif
ii) boleh menjadi subjek predikator apa/siapa
Kubur anda akan dijadikan Gaza
Subjek:kubur
subjek predikator: kubur
Oleh itu objek ayat ialah kubur.

7) Hamas mempunyai 20000 anggota bersenjata
a) Ujian subjek: menggunakan kata tanya siapa atau apa
Siapakah yang mempunyai 20000 anggota tentera?
Jawapan: Hamas.
Oleh itu, Hamas ialah subjek.
b)Ujian kata kerja : boleh menerima unsur fleksi telah, sedang atau akan.
Jawapan: telah mempunyai, akan mempunyai.
Oleh itu mempunyai ialah kata kerja.
c) Ujian objek : i) boleh menjadi subjek ayat pasif
ii) boleh menjadi subjek predikator apa/siapa
20000 anggota bersenjata telah dipunyai oleh Hamas.
subjek: 20000 anggota bersenjata
subjek predikator : 20000 orang anggota bersenjata
Oleh itu, 20000 orang anggota bersenjata ialah objek ayat.

8) Hamas melancarkan lagi 25 roket ke wilayah Israel
a)Ujian subjek : menggunakan kata tanya apa/siapa
Siapakah yang melancarkan lagi 25 roket ke wilayah Israel?
Jawapan: Hamas
Oleh itu hamas ialah subjek ayat.
b) Ujian kata kerja: boleh menerima unsur fleksi telah, sedang atau akan
Jawapan: telah melancarkan, akan melancarkan, sedang melancarkan
c) Ujian objek : i) boleh menjadi subjek ayat pasif
ii) boleh menjadi subjek prediaktor apa/siapa
25 roket ke wilayah Israel telah dilancarkan
subjek: 25 roket
subjek predikator: 25 roket.
Oleh itu, 25 roket ialah objek ayat.

9) Tentera Israel melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera , 2 parah manakala 23 warga Gaza maut.
a) Ujian subjek : menggunakan kata tanya apa/siapa
Siapakah yang melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera, 2 parah manakala 23 warga Gaza maut?
Jawapan: Tentera Israel
Oleh itu, tentera Israel ialah subjek ayat.
b) Ujian kata kerja : boleh menerima unsur fleksi telah, sedang, akan
Jawapan: akan melaporkan, telah melaporkan ,
c) Ujian objek : i) boleh menjadi subjek ayat pasif
ii) boleh menjadi subjek predikator apa/siapa
30 askar cedera setakat ini telah dilaporkan oleh Israel
subjek ayat pasif :30 askar cedera
subjek redikator apa/siapa :30 askar cedera.
Oleh itu, objek ayat ialah 30 askar cedera.

10) Satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza
a)Ujian subjek: menggunakan kata tanya apa/siapa
Apakah yang menyerang Selatan Gaza?
Jawapan: Satu unit kereta kebal satu unit kereta kebal ialah subjek ayat.
b) Ujian kata kerja: boleh menerima unsur fleksi sedang, akan atau telah
Jawapan: telah menyerang,akan menyerang , sedang menyerang.
c) Ujian objek: i) boleh menjadi subjek ayat pasif
ii) boleh menjadi subjek predikator ayat.
Selatan Gaza telah diserang oleh satu unit kereta kebal
subjek ayat pasif: Selatan Gaza
subjek predikator ayat: Selatan Gaza
Oleh itu, objek ayat ialah Selatan Gaza.






Analisis kontrastif

http://hbt2130809syntax.blogspot.com/

Israel gempur Gaza




Sememangnya Bahasa Melayu mematuhi pola Subjek + Kata Kerja + Objek (SKO)

Maisarah Abd. Karim
Siti Zaliha binti Mangit

Wednesday, January 7, 2009

Dialek Johor <> Bahasa Melayu Standard

1. Rahimah mintak hakim siapkan laporan kajian luar geografi
Rahimah meminta hakim menyiapkan laporan kajian luara geografi.

2. Kemalangan tu berlaku sebab pemandu bas tak perasan ada lori yang berhenti
kat tepi jalan.
Kemalangan itu berlaku disebabkan oleh pemandu bas tersebut tidak perasan
terdapat lori yang berhenti di tepi jalan.

3. Laki-laki yang merompak kat Petaling Jaya semalam dah kena tangkap polis.
Lelaki yang melakukan rompakan di Petaling Jaya semalam telah ditangkap
oleh pihak polis.

4. Banyak orang datang ke upacara perasmian Festival Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa
kat Dataran Merdeka malam tadi.
Ramai orang telah menghadiri upacara perasmian Festival Kebudayaan dan Kesenian
Antarabangsa di Dataran Merdeka malam tadi.

5. Orang tua tu dengan keluarga dia dah tinggal lama kat sebelah rumah saya.
Orang tua sekeluarga itu telah tinggal di sebelah rumah saya sejak beberapa tahun lalu.

6. Banyak kuih-muih untuk tetamu kat majlis tu.
Pelbagai juadah dan hidangan kuih-muih tersedia untuk dinikmati oleh tetamu di majlis
tersebut.

7. Perempuan tu beranak kat dalam ambulans masa nak pegi hospital.
Perempuan itu bersalin di dalam ambulans semasa dalam perjalanan ke hospital.

8. Beribu orang tengok konsert Siti Nurhaliza malam tadi.
Beribu-ribu penonton telah menyaksikan konsert Siti Nurhaliza malam tadi.

9. Lagu yang penyanyi baru tu nyanyikan sedap sekali dengar.
Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi baru itu sungguh merdu sekali.

10. Adik berborak dengan kawan dia sambil tengok tv kat ruang tamu.
Adik berbual-bual dengan kawannya sambil menonton televisyen di ruang tamu.