BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 5, 2009

Perbandingan konsep milik antara dielek Johor dan dialek Kantonis

2, Chan Yan Yi
10, Maisarah binti Abd Karim

1.0 Pendahuluan

Esei ini membincangkan konsep milik dalam dialek Johor yang dituturkan oleh Maisarah dan dialek Kantonis yang dituturkan oleh Chan Yan Yi. Esei ini bertujuan membandingkan konsep milik yang terdapat dalam dialek Johor dan dialek Kantonis. Konsep milik juga disebut sebagai konsep punya, genetif dan posesif. Namun , dalam esei ini, kami menggunakan konsep milik untuk membincangkan perbandingan konsep milik antara dialek Johor dan dialek Kantonis

2.0 Analisis data
Dalam tatabahasa, kasus genetif atau kasus milik ialah kes yang menunjukkan satu kata nama menggantikan satu kata nama yang lain..Hal ini sering menunjukkan satu kata nama menjadi pemilik satu kata nama yang lain. Namun, ia juga boleh menunjukkan perhubungan pelbagai selain milikan; kata kerja tertentu boleh mengambil hujah-hujah dalam kasus genitif (http://en.wikipedia.org/wiki/Genitive case )
Berdasarkan contoh di bawah, kami akan membandingkan konsep milik dalam dialek Johor dan dialek Kantonis.

Contoh 1:
Baju tu orang punye. (Dialek Johor )
Baju itu kepunyaan saya. ( Bahasa Melayu Standard )

ko kian hei ngo sam. (Kantonis)
Itu ialah saya baju
Baju itu kepunyaan saya. (Bahasa Melayu Standard)


Berdasarkan data di atas, frasa yang menunjukkan konsep milik dalam dialek Johor ialah 'orang punye' manakala dalam dialek Kantonis, perkataan yang menunjukkan konsep milik ialah 'ngo'. Dalam dialek Johor, 'orang punye' membawa maksud 'saya' seperti dalam bahasa Melayu standard. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, 'ngo' membawa maksud 'saya' seperti 'orang punya' dalam dialek Johor. Walaupun perkataan diungkap dalam dialek yang berbeza tetapi kedua-dua adalah mempunyai maksud yang sama. Dalam bahasa Melayu standard, kedua-dua ayat di atas membawa maksud 'Baju itu kepunyaan saya'.

Berdasarkan ayat dalam dialek Johor, didapati bahawa konsep milik muncul selepas frasa nama iaitu 'baju itu'. Manakala, dalam dialek Kantonis, konsep milik muncul sebelum kata nama 'baju'. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi struktur ayat tentang kehadiran konsep milik bagi dialek Johor dan dialek Kantonis. Posisi konsep milik adalah berbeza dalam dialek yang berbeza. Kami mendapati bahawa dalam dialek Johor, kata ganti nama 'orang punya' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir selepas kata nama 'baju tu'. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, kata ganti nama 'ngo' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir sebelum 'sam'(baju). Dalam kedua-dua dialek tersebut tidak terdapat unsur gender yang menujukkan milik.

Contoh 2:
Dia punye rantai cantik. (Dialek Johor)
Rantai dia sangat cantik. (Bahasa Melayu Standard)

Hui lin hao liang. (Bahasa Kantonis)
Dia rantai sangat cantik.

Rantai dia sangat cantik. (Bahasa Melayu Standard)


Perkataan yang menunjukkan konsep milik dalam dialek Johor ialah 'die' manakala dalam dialek Kantonis, perkataan yang menunjukkan konsep milik ialah 'hui'. Dalam dialek Johor, 'die' membawa maksud yang sama dengan'dia' bahasa Melayu standard. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, 'hui' membawa maksud yang sama dengan 'dia' dalam dialek Johor. Walaupun perkataan diungkap dalam dialek yang berbeza tetapi kedua-dua adalah mempunyai maksud yang sama. Dalam bahasa Melayu standard, kedua-dua ayat di atas membawa maksud 'Rantai dia sangat cantik'.

Berdasarkan ayat dalam dialek Johor, didapati bahawa konsep milik muncul selepas frasa nama iaitu 'rantai'. Manakala, dalam dialek Kantonis, konsep milik muncul sebelum kata nama 'rantai'. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi struktur ayat tentang kehadiran konsep milik bagi dialek Johor dan dialek Kantonis. Struktur ayat yang mengandungi konsep milik adalah berbeza dalam dialek yang berbeza.




Contoh 3
Beg tu kite orang yang beli .( Dialek Johor)
Kami yang membeli beg itu .( Bahasa Melayu Standard )

ko bao hei ngo dei mai. (Dialek Kantonis)
Itu beg ialah kami beli.
Kami yang membeli beg itu. (Bahasa Melayu Standard )



Berdasarkan data di atas, perkataan yang menunjukkan konsep milik dalam dialek Johor ialah 'kita orang' manakala dalam dialek Kantonis, perkataan yang menunjukkan konsep milik ialah 'ngo dei'. Dalam dialek Johor, 'kite orang' membawa maksud 'kami' seperti dalam bahasa Melayu standard. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, 'ngo dei' membawa maksud 'kami' seperti 'kite orang' dalam dialek Johor. Walaupun perkataan diungkap dalam dialek yang berbeza tetapi kedua-dua adalah mempunyai maksud yang sama. Dalam bahasa Melayu standard, kedua-dua ayat di atas membawa maksud 'Kami yang membeli beg itu'.

Berdasarkan ayat dalam dialek Johor, didapati bahawa konsep milik muncul sebelum frasa nama iaitu 'beg itu'. Manakala, dalam dialek Kantonis, konsep milik muncul selepas kata nama 'beg'. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi struktur ayat tentang kehadiran konsep milik bagi dialek Johor dan dialek Kantonis. Posisi konsep milik adalah berbeza dalam dialek yang berbeza. Kami mendapati bahawa dalam dialek Johor, kata ganti nama 'kita orang' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir selepas kata nama 'beg tu'. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, kata ganti nama 'ngo dei' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir sebelum 'bao'(beg).



3.0 Kesimpulan
Selepas analisis dijalankan, kami mendapati bahawa terdapatnya perbezaan tentang kehadiran posisi yang membawa maksud konsep milik dalam dialek yang berbeza. Kami mendapati bahawa terdapat kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penutur-penutur dialek Johor dan dialek Kantonis dengan struktur bahasa ibunda mereka sewaktu bertutur dalam bahasa Melayu Standard. Perbezaan posisi konsep milik boleh dilihat dari segi struktur ayat dalam dialek masing-masing.

Cara menyebut Gong xi Fa Chai

Gung Hi Fat Chai (Hakka)
Gong Xi Fa Chai (Mandarin)
Gung Hei Fat Chain (Kantonis

Tuesday, February 3, 2009

Analisis kontrastif " lagu untukmu" - MUH

Maisarah Abd Karim ( 10 )
Siti Zaliha Manigit ( 26 )


Pengenalan kepada kumpulan Meet Uncle Hussin.

Kumpulan meet Uncle Hussain ini ditubuhkan pada tahun 2001. Ramai mula buka mata melihat kejayaan yang mereka kecapi. Tapi banyak tidak tahu bahawa kumpulan yang ditubuhkan 2001 itu masih belum mempunyai album penuh.
Sebelum ini kebanyakan kerjaya seni mereka hanya dilakukan sendiri dan mereka juga bergerak sendiri. Lagu Untukmu itu dicipta oleh Taja, Tass dan Lan pada 2005 bersama lagu Putihnya Lukisan.
Untuk lagu Halusinasi dan Pari-Pari Di Bawah Angin pula telah dicipta pada 2003. Walaupun agak lama, tetapi peminat masih lagi menerima lagu tersebut dan masih setia bersama kumpulan ini.
Meet Uncle Hussain mengorak langkah seterusnya dengan terhasilnya album 7 Tahun 3 Bulan 90 Hari pada tahun lalu. Walaupun ia hanya E.P yang memuatkan empat lagu tapi jalur muzik yang mereka bawa benar-benar diterima ramai.

Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

Analisis kontrasti lagu meet uncle hussain

Secara keseluruhannya, lagu ini dicipta untuk menggambarkan kekecewaan penyanyi kepada sikap kekasihnya yang tidak setia.

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Pada rangkap pertama ini, MUH menyatakan kekecewaannya terhadap kekasihnya. Buktinya, beliau mengatakan ”Tiada bintang dapat menerangkan hati yang telah dicelah
bagaiku lumpuh tak mampu berdiri”. Namun, dalam perenggan ini juga beliau menyatakan kesetiaannya kepada kekasihnya apabila mengungkapkan ayat ” Aku tetap begini takkan berubah kerna aku tetap aku”.


Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Dalam perenggan ini, beliau semakin dapat menerima kenyataan kecurangan kekasihnya apabila mencipta perenggan kedua ini. Ayat yang menggambarkan beliau semakin mendapat kenyataan tentang kecurangan kekasihnya terdapat pada ayat “dua hati yang tak mungkin bersatu”

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Dalam keseluruhan ayat dalam rangkap ini menggambarkan perasaan marah MUH kepada kekasihnya.


Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

Akhir sekali, MUH ingin memutuskan hubungannya dengan kekasihnya. Buktinya, beliau mengatakan ” sampai di sini saja hubungan kita berdua”.

Sunday, February 1, 2009

Perbandingan hubungan perkataan dengan makna dari aspek analisis kontrastif semantik.

Tugasan berkumpulan
Maisarah binti Abd Karim (10)
Siti Zaliha Mangit ( 26)

Tajuk : Perbandingan hubungan perkataan dengan makna untuk berita Bernama Bahasa Melayu dan berita Bernama Bahasa Inggeris dari aspek analisis kontrastif semantik.

1.0 Pendahuluan dan tujuan
Kertas ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan hubungan perkataan dengan makna untuk aspek kata kerja dalam berita Bernama Bahasa Melayu dan berita Bernama Bahasa Inggeris dari aspek sinonim. Tujuan perbandingan ini untuk melihat kesinoniman hubungan interbahasa iaitu bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan intrabahasa iaitu bahasa Melayu dengan bahasa Melayu serta kesinoniman bahasa Inggeris dengan bahasa Inggeris. Menurut Indirawati Zahid, sinonimi merujuk hubungan kesamaan makna antara leksikal . Hubungan makna ini bersifat dua arah. Namun , hubungan kesamaan makna ini tidak bererti bahawa sesuatu leksikal yang dikatakan bersinonim itu boleh bergantian antara satu sama lain dalam semua situasi ( Indirawati Zahid , 2003 : 31 ). Pernyataan ini disokong oleh Lyons yang mengatakan bahawa sinonimi ialah ungkapan yang sama maknanya ( John Lyons , 1994 : 37). Dalam hal ini, kami memilih leksikal ”kenyataan” dan padanannya ialah ”statement” dalam bahasa Inggeris. Kami memilih leksikal ini secara rawak.
2.0 Kaedah kajian

Kami menggunakan korpus dari berita Bernama bahsa Melayu dan bahasa Inggeris . Tajuk berita yang dikaji ialah ”Abdullah Janji Impian Rakyat Terengganu Jadi Kenyataan” dan ditulis sebagai ” Abdullah Confident Of BN Victory In By-election”. Artikel kedua ialah artikel yang bertajuk ”Abdullah melawat tiga negara Teluk bermula Ahad” dan ditulis sebagai ” Abdullah To Visit Three Gulf Countries Beginning Sunday”.

Kemudian kami menggunakan program textSTAT untuk menganalisis data yang telah kami peroleh . Dalam program tersebut, kami menggunakan kaedah frekuensi untuk melihat keseringan dan ketertandaan sesuatu leksikal. Kami juga memindahkan data dari program textSTAT ke program microsoft office excel. Selain itu, kami juga menggunakan Kamus Dewan Bahasa untuk mencari makna leksikal bahasa Inggeris sekaligus menilai sama ada padanan leksikal bahasa Inggeris tersebut menepati makna yang digunakan oleh penulis artikel dalam berita tersebut.

3.0 Dapatan Analisis
3.1 Hubungan sinonimi intrabahasa

Berdasarkan leksikal yang dipilih, didapati kata nama ’kenyataan’ muncul sebanyak empat kali iaitu sekali dalam artikel bertajuk ”Abdullah Janji Impian Rakyat Terengganu Jadi Kenyataan” dan muncul sebanyak tiga kali dalam artikel bertajuk ”Abdullah melawat tiga negara Teluk bermula Ahad”.


kekerapan yang muncul bagi perkataan kenyataan ialah 4 kali . Peratus kekerapan ialah 1.072%

Pengiraan peratus kekerapan bagi leksikal ”kenyataan”.
4/373 x 100% = 1.072 %


Berdasarkan artikel yang dipilh terdapat 4 perkataan ” kenyataan” yang wujud iaitu :
i) Menurut kenyataan itu, antara kerjasama yang kini terjalin antara Malaysia dan ketiga-tiga negara teluk itu ialah dalam sektor perdagangan dan pelaburan, pelancongan, pendidikan, pembangunan infrastruktur, perbankan Islam dan bina upaya manusia.
ii) menurut kenyataan itu, di Qatar, Abdullah dijangka mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar,
iii) Menurut kenyataan Kementerian Luar, ini merupakan lawatan rasmi pertama Perdana
Menteri ke ketiga-tiga negara Teluk itu sejak menjadi Perdana Menteri.
iv) Apa yang diimpikan oleh rakyat Terengganu tetap akan jadi kenyataan

Dalam kamus Dewan Edisi Baru (1989 : 869) terdapat 4 maksud ”kenyataan”:
1. Perihal nyata, kejelasan, keterangan
2. Keadaan atau hal yang nyata, kebenaran
3. Sesuatu yang dinyatakan
4. Sudah nyata, terbukti, ternyata

Berdasarkan 4 contoh ayat di atas, ayat (i) hingga (iii), leksikal ”kenyataan” membawa maksud ”perihal nyata, kejelasan dan keterangan. Manakala, ayat (iv) pula, ”kenyataan” membawa makna ”keadaan atau hal nyata, kebenaran”.

Hal ini dapat dibuktikan dengan menguji hubungan kata secara paradigmatik.
Contoh :

Kenyataan yang bermaksud hal yang nyata atau kebenaran :
i (a) "Apa yang diimpikan oleh rakyat Terengganu tetap akan jadi kenyataan,
kebenaran,


ii (a) Menurut kenyataan itu, di Qatar, Abdullah dijangka mengadakan pertemuan
dengan Emir Qatar.
pernyataan

Secara paradigmatik, dalam contoh (i) dan (ii) , kenyataan boleh bergantian secara paradigmatik dengan perkataan kebenaran, dan ”kenyataan” juga boleh bergantian dengan leksikal ”pernyataan”. Hal ini kerana apabila melihat konteks ayat, ia membawa makna yang sama .

Dalam artikel bahasa Inggeris pula, leksikal statement muncul sebanyak 4 kali iaitu Peratus kekerapan ialah 1.31%.

Pengiraan peratus bagi leksikal ”statement”.

4 / 306 x 100% = 1.31%

Empat perkataan ” kenyataan” yang wujud iaitu :

i) According to a Foreign Ministry statement here on Thursday, this is Abdullah's first visit to
the oil-rich states since becoming Prime Minister.
ii) According to the statement, while in Qatar, Abdullah is scheduled to meet Qatar's Emir
Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani and his counterpart Sheikh Hamad bin Jasim bin Jabir Al-Thani while in UAE , the Prime Minister is scheduled to meet his counterpart Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum and Abu Dhabi Crown Prince General Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
iii) The statement added that the Prime Minister was scheduled to visit several project sites
of Malaysian companies and also give keynote addresses at business forums in Bahrain and Qatar
iv) In the delegation meetings with the three countries, the statement said issues of bilateral,
regional and international cooperation as well as areas of common interest like Israel's
invasion of Gaza would be discussed.

Melalui laman web (http://ardictionary.com/Statement/14626, 22.januari.2009) dalam bahasa Inggeris, “statement” membawa 5 maksud:

1. The act of stating, reciting, or presenting, orally or in paper; as, to interrupt a speaker in the statement of his case.
2. That which is stated; a formal embodiment in language of facts or opinions; a narrative; a recital.
3. a document showing credits and debits
4. (computer science) a line of code written as part of a computer program
5. a fact or assertion offered as evidence that something is true; "it was a strong argument that his hypothesis was true"
6. a message that is stated or declared; a communication (oral or written) setting forth particulars or facts etc; "according to his statement he was in London on that day"
7. a nonverbal message; "a Cadillac makes a statement about who you are"; "his tantrums are a statement of his need for attention"
8. (music) the presentation of a musical theme; "the initial statement of the sonata"
9. the act of affirming or asserting or stating something

Dalam hal ini, melihat 4 contoh ayat di atas, “statement” dalam konteks ayat membawa makna “The act of stating, reciting, or presenting, orally or in paper; as, to interrupt a speaker in the statement of his case”. Oleh hal yang demikian, makna dalam keempat-empat ayat di atas adalah sama. Justeru, hubungan sinonim dapat dilihat melalui ayat tersebut.

3.2 Hubungan sinonimi interbahasa.

Kami juga melihat hubungan sinonimi leksikal ’ statement ’ . Hal ini menurut kamus dewan Ingeeris Melayu ( 1992:1594 ) , ”statement” membawa maksud ”pernyataan” dalam bahasa Melayu. Hal ini boleh dibuktikan dengan ayat di bawah:

i. Menurut menurut kenyataan itu, di Qatar, Abdullah dijangka mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar,
ii According to the statement, while in Qatar, Abdullah is scheduled to meet Qatar's Emir


Berdasarkan ayat di atas, terbukti, leksikal “kenyataan” dan “ststement” bersinonim.

4.0 Penutup
Kesimpulannya, dalam artikel ini leksikal kenyataan tidak bersinonim sama ada dalam hubungan interbahasa atau intrabahasa.

5.0 Rujukan
Indirawati Zahid , 2003 . Semantik Leksikal : Penjenisan dan Hubungan Makna . Dewan Bahasa . Kuala Lumpur
John Lyons , 1992 . Bahasa dan Linguistik suatu Pengenalan . Dewan bahasa dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia . Kuala Lumpur
Kamus Dewan Edisi Ketiga , 1994 . Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia , Kuala Lumpur
Kamus Dewan Inggeris Melayu , 1992 . Dewan Bahasa dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia .
22. Januari. 2009 http://ardictionary.com/Statement/14626 Accurate & Reliable Dictionary.