BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 7, 2009

Dialek Johor <> Bahasa Melayu Standard

1. Rahimah mintak hakim siapkan laporan kajian luar geografi
Rahimah meminta hakim menyiapkan laporan kajian luara geografi.

2. Kemalangan tu berlaku sebab pemandu bas tak perasan ada lori yang berhenti
kat tepi jalan.
Kemalangan itu berlaku disebabkan oleh pemandu bas tersebut tidak perasan
terdapat lori yang berhenti di tepi jalan.

3. Laki-laki yang merompak kat Petaling Jaya semalam dah kena tangkap polis.
Lelaki yang melakukan rompakan di Petaling Jaya semalam telah ditangkap
oleh pihak polis.

4. Banyak orang datang ke upacara perasmian Festival Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa
kat Dataran Merdeka malam tadi.
Ramai orang telah menghadiri upacara perasmian Festival Kebudayaan dan Kesenian
Antarabangsa di Dataran Merdeka malam tadi.

5. Orang tua tu dengan keluarga dia dah tinggal lama kat sebelah rumah saya.
Orang tua sekeluarga itu telah tinggal di sebelah rumah saya sejak beberapa tahun lalu.

6. Banyak kuih-muih untuk tetamu kat majlis tu.
Pelbagai juadah dan hidangan kuih-muih tersedia untuk dinikmati oleh tetamu di majlis
tersebut.

7. Perempuan tu beranak kat dalam ambulans masa nak pegi hospital.
Perempuan itu bersalin di dalam ambulans semasa dalam perjalanan ke hospital.

8. Beribu orang tengok konsert Siti Nurhaliza malam tadi.
Beribu-ribu penonton telah menyaksikan konsert Siti Nurhaliza malam tadi.

9. Lagu yang penyanyi baru tu nyanyikan sedap sekali dengar.
Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi baru itu sungguh merdu sekali.

10. Adik berborak dengan kawan dia sambil tengok tv kat ruang tamu.
Adik berbual-bual dengan kawannya sambil menonton televisyen di ruang tamu.

0 comments: